Budaya Taqrabul-Zina

KEBANYAKAN umat Islam menganggap perzinaan itu adalah semata-mata
melakukan
persetubuhan
haram dan inilah perbuatan maksiat yang dilarang keras dan merupakan satu
daripada dosa-dosa besar. Sebenarnya, dalam agama Islam, bukan perbuatan
zina itu saja yang dilarang keras, tetapi termasuk juga sebarang tindak-
tanduk yang membawa kepada berlakunya perbuatan yang terkutuk itu, iaitu
sebarang perlakuan ke arah menghampiri zina yang disebut sebagai “budaya
taqrabul-zina” .

Hal tersebut jelas dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah
kalian
mendekati zina,
sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk
jalan” – (Sura al-Israk: 32).

Takrif “zina” itu luas, meliputi banyak aspek perlakuan. Rasulullah s.a.w
memperincikannya sebagaimana
dalam sabda-sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud:

*”Zina dua mata itu menilik (memandang) perempuan yang ajnabi”,

*”Zina kedua mata itu memandang, zina kedua telinga itu mendengar, zina
kedua tangan itu menjabat,
zina kedua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini,
mengangan-angankann ya” -
( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikianlah, semua perlakuan dalam perhubungan antara lelaki dan
perempuan
yang sudah akil baligh
dan bukan mahram itu, sama ada zahir atau batin, dikira perbuatan zina
belaka. Apa lagi perhubungan
fizikal yang lebih rapat (bercumbu-cumbuan, berdansa, berkepitan-kepiitan
atau berhimpit-himpitan) , terutama dalam keadaan aurat yang terdedah.
Bila
sudah berdua2an, yang pasti yang ketiga itu adalah syaitan.

Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah, pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan yang bukan mahram
itu sudah dikira perbuatan zina atau sekurang-kurangnya termasuk dalam
kegiatan “budaya
taqrabul-zina” itu.

Dalam agama Islam, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ajnabi itu
dilarang keras. Kerana,
segala tindak-tanduk dalam pergaulan bebas itu membuka peluang atau
menimbulkan dorongan dan
memberi laluan mudah kepada mereka yang terlibat melakukan mukadimah zina
dan seterusnya
melakukan kemuncak perbuatan yang terkutuk itu. Itulah sebabnya Mufti
Perak
“menfatwakan”
Konsert Sure Heboh sebagai HARAM kerana menjurus kepada “budaya
taqrabul-zina” .

Larangan melakukan tindak-tanduk yang membawa kepada perbuatan zina itu
bukan khusus ditujukan
kepada pasangan yang berkenaan sahaja, tetapi termasuk juga orang lain
yang
terbabit (bersyubahat) .

Ramai orang tidak sedar, bahawa mereka turut terlibat dalam melakukan
perbuatan menghampiri zina itu.
Di kalangan kita, masih ramai ibu dan bapa yang sengaja (sportinglah
kononnya) memberi peluang
kepada anak gadis mereka berdua-duaan dengan teman lelakinya. (Sebenarnya
dalam sosial Islam,
tidak ada istilah “teman lelaki” bagi perempuan atau “teman perempuan”
bagi
lelaki).

Ada-ada sahaja helah ibu bapa untuk tidak mengganggu anak gadis mereka
yang
melakukan khalwat
(berdua-duaan, berbual-bual mesra) dengan teman lelakinya. Umpamanya, ada
ibu yang masuk
ke dapur, ada bapa yang ada-ada sahaja urusan yang hendak dilakukannya,
lalu
keluar rumah
atau masuk ke biliknya sendiri.

Ramai ibu bapa membenarkan anak gadis mereka keluar berdua-duaan dengan
teman lelakinya
(tanpa pihak ketiga) dalam keadaan tidak dharurat. Mereka tidak sedar
atau
sengaja tidak mahu menyedarinya, bahawa dengan tindakan itu mereka turut
terlibat atau bersyubahat atau secara
tidak langsung meluaskan peluang kepada anak gadis mereka menceburkan
diri
dalam kegiatan
budaya taqrabul-zina, walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan anak
gadis mereka
melakukan perbuatan zina yang sebenarnya itu.

Ramai yang tidak terfikir, kalau belum lagi melakukan zina, mungkin anak
gadis mereka melakukan
mukadimah zina. Yang pastinya, anak gadis mereka sudah melakukan zina
mata,
zina tangan,
zina kaki atau zina hati dengan teman lelakinya itu.

Kerana jahil dan terlalu terpengaruh kepada amalan budaya sosial Barat
yang
dikatakan moden,
ramai orang menganggap apa yang mereka lakukan itu adalah perkara biasa,
sudah menjadi tradisi.
Malah, mereka menganggap itulah tindakan yang selari dengan zaman moden
sekarang ini. Tambahan
lagi jika terhadap mereka ketika masa muda dulu, ibu bapa mereka pernah
bertindak demikian,
membiarkan mereka berdua-duaan dengan kekasih mereka.

Pengaruh budaya Barat dalam bidang sosial ini harus disedari sebagai
virus
berbahaya yang
merosakkan budaya Islam, sekali gus meruntuhkan kekuatan umat Islam.

Pada peringkat awal orang-orang Barat (Keristian khususnya) melancarkan
perang bersenjata
terhadap kerajaan-kerajaan Islam. Tetapi mereka gagal. Lalu mereka
menukarkan perang bersenjata
itu kepada perang psikologi.

Dalam tahun 1268, seorang raja Perancis pernah mengemukakan saranan:
“Adalah
suatu yang
amat sukar dan hampir mustahil untuk mengalahkan umat Islam melalui
peperangan dengan senjata
dan kekerasan. Bedasarkan pengalaman yang disokong oleh fakta sejarah
sebelumnya, maka yang
penting sekarang ialah mengatur langkah lain untuk umat yang degil itu”.

Antara “langkah lain” itu ialah melancarkan perang psikologi dengan cara
mengumpankan corak
hiburan yang membawa kepada amalan pergaulan bebas antara muda-mudi Islam
yang boleh
diistilahkan sebagai “budaya taqrabul-zina” itu.

Hiburan dari Barat itu sengaja dieksport ke negara Islam sebagai satu
strategi perang psikologi
untuk melemahkan umat Islam. Tanpa kesedaran ini, umat Islam, bukan
sahaja
tidak peka dengan
“umpan” atau matlamat negatif hiburan dari Barat itu, malah mereka
menerimanya sebagai hasil
seni dan budaya yang mereka iktiraf sebagai “budaya global”. Sebenarnya
apa
yang disebutkan
sebagai “budaya global” itulah yang merupakan “budaya taqrabul-zina” itu.

Tuduhan terhadap Barat dalam hal ini bukan tidak berasas. Kaum Yahudi dan
Nasrani memang
selamanya mendendami dan memusuhi umat Islam. Allah SWT mengingatkan
Rasulullah saw melalui
firman-nya yang mafhumnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak
sekali-kali
menyukaimu
(Hai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka” – (al-Baqarah: 120)

Perkembangan budaya taqrabul-zina memang dirancang oleh musuh Islam untuk
menghancurkan
umat Islam. Inilah yang dikatakan sebagai strategi dalam perang psikologi
mereka terhadap umat Islam.

Seorang orientalis pernah berkata, “Gelas minuman keras dan penyanyi
perempuan dapat menghancurkan umat Muhammad. Ini lebih berkesan daripada
apa
yang dapat dilakukan oleh seribu meriam”.

Mudah sahaja manusia terseret dan tergelincir jatuh ke kubang maksiat
zina
yang amat terkutuk itu,
kerana kegiatan dan pergaulan bebas dalam dunia hiburan bercorak Barat -
musik, sukan dan
sebagainya – itu adalah meliputi ciri-ciri “budaya taqrabul-zina” . Di
mana-mana sahaja, perbuatan
maksiat dalam dunia budaya ini telah dan sedang berlaku. Fenomena
keruntuhan
akhlak yang amat
teruk sekarang, di kalangan muda mudi Islam khususnya, sehingga
merebaknya
wabak bohsia, bohjan, kelahiran dan pembuangan bayi luar nikah dan
sebagainya adalah antara bukti-buktinya.

Disebalik April Fool

Assalamualaikumwbh.

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day
sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, gah
orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang ke barat’.

Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu

Kata-kata tokoh islam

Dari Abu Bakar as-Shiddiq Radiallahuanhu :
Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban.
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas
daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan iaitu:
Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya,
lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau;
hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau;
hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan dipergunakan untuk
kejahatan pula atau;
adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara berfoya-foya pada
jalan yang tidak berguna.

Dari Umar bin al-Khattab Radiallahuanhu :
Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil.
1. Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
2. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
3. Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
4. Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan
terjaga.

Dari Uthman bin Affan Radiallahuanhu :
Khalifah Ketiga, Malaikat Berasa Malu Kepadanya.
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
- Hatinya selalu berniat suci.
- Lidahnya selalu basah dengan zikrullah.
- Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa).
- Segala perkara dihadapaiya dengan sabar dan tabah.
- Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Dari Ali bin Abu Thalib Radiallahuanhu :
Khalifah Keempat, Singa ALLAH Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh ALLAH.
1. Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu’..
2. Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang
sia-sia.
3. Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur’an tanpa mengambil pangajaran
daripadanya.
4. Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara’.
5. Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
6. Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
7. Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
8. Barangsiapa yang banyak bicara,
maka banyak pula salahnya,
siapa yang banyak salahnya,
maka hilanglah harga dirinya,
siapa yang hilang harga dirinya,
bererti dia tidak wara’,
sedang orang yang tidak wara’ itu bererti hatinya mati.

Dari Umar Bin Abdul Aziz :
Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah; Khalifah Yang Agung.
1. Orang yang bertakwa itu dikekang.
2. Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.
3. Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.
4. Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya.
Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat.
Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah.
5. Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh
sempat mengoda.
Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan
sampai ke pagi hari
dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari.
Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya.
6. Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang
tertipu dengan dunia,
padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat
daripada siksaan ALLAH Subhana wa Ta’ala dan orang yang lepas dari tragedi
hari qiamat.
7. Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka,
kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ?
Saya berlindung kepada ALLAH Subhana wa Ta’ala daripada perbuatan
yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri.
Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku.
Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya
dan siapa yang miskin.
8. Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi
tanggungjawab yang berat.
Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur,
jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi
nescaya bumi akan retak.
Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka?
Kamu akan memasuki salah satu daripadanya.
9. Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya :
“Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga.

Jarak pemisah antara keduanya adalah mati.
Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang”.

Dari Suffian Bin Unaiyah :
1. Dua perkara yang paling susah sekali mengubatinya iaitu meninggalkan
loba (tamak)
untuk manusia dan mengikhlas amal untuk ALLAH.
2. Siapa yang ditambah akalnya kuranglah rezekinya.
3. Zuhud didunia ialah sabar dan menunggu – nunggu kedatangan mati.
4. Ilmu itu jika tidak memberi munafaat padamu maka dia akan memberi
mudharat padamu.
5. Tidak dianggap orang yang menuntut ilmu sebagai orang yang berakal
hingga ia melihat dirinya hina dari sekelian manusia.

Dari Amru Bin Ash Radiallahuanhu :
Lelaki adalah terdiri dari tiga kategori:
Lelaki yang sempurna
Lelaki yang bersifat separuh lelaki
Lelaki yang tidak bersifat lelaki

Lelaki yang sempurna adalah lelaki yang
disempurnakan oleh ALLAH agama dan akalnya,
apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan,
dia sentiasa meminta pandangan daripada orang-orang
yang mempunyai pandangan menyebabkan dia sentiasa
membuat keputusan yang tepat.

Manakala lelaki yang bersifat separuh lelaki pula
adalah lelaki yang tidak disempurnakan oleh ALLAH
agama dan akalnya,
apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan,
dia tidak meminta pandangan daripada
sesiapapun sebaliknya dia berkata:
“Sesiapa sahaja aku boleh mengikuti dan menggunakan
pandangannya mengikut kesesuaian”,
menyebabkan kadangkala dia membuat keputusan yang tepat dan
kadangkala dia membuat keputusan yang salah.

Adapun lelaki yang tidak bersifat lelaki pula
ialah lelaki yang tidak mempunyai agama dan akal
fikiran sedikitpun menyebabkan dia sentiasa
membuat tindakan yang silap.

Kemudian Amru berkata:
“Demi ALLAH!
Sesungguhnya aku akan meminta pandangan daripada sesiapa
sahaja mengenai sesuatu perkara walaupun daripada pembantu aku.”

Dari Imam As Syafie:
1. Barangsiapa mengkehendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu.
2. Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama’ melainkan kefakiran
dan memadai apa yang ada dan redha dengan keduanya.
3. Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua sebab
sesudah menjadi ketua,
tiada jalan lagi buat kamu mencari pengetahuan.
4. Orang yang berakal ialah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat
mazmumah (keji).
5. Barangsiapa menyukai ALLAH menutupi baginya dengan kebaikan
maka ia hendaklah bersangka baik dengan manusia.

Dari Imam Malik :
1. Bukanlah ilmu itu dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu
adalah cahaya yang ALLAH letakkan didalam hati.
2. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.
3. Wajiblah di atas orang yang menuntut ilmu bahwa dia memiliki kebesaran,
ketenangan dan ketakutan.

Dari Imam Abu Hanifah :
1. Tidak sekalipun aku shalat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad
dan juga mereka yang pernah mengajarku serta mereka yang pernah aku ajar.
(murid-muridnya) .
2. Aku telah 50 tahun bergaul dengan manusia.
Tidak ku dapati seorangpun yang mengampunkan kesalahanku.
Tidak ada yang menghubungi aku ketika aku memutuskan hubungan dengannya.
Tidak ada yang menutup keaibanku dan aku tidak akan merasa aman darinya
bila dia murka kepadaku.
Maka yang lebih mereka bimbangkan adalah perkara yang besar-besar.
3. Telah sampai berita kepadaku, bahwa tidak ada yang lebih mulia daripada
seorang alim yang warak.

Dari Imam Ahmad :
Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil mata benda dunia di
atas ilmunya.

Dari Hasan Al Banna :
Saudaraku…
Janganlah engkau putus asa,
kerna putus asa bukan akhlak seorang Muslim.
Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin,
dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok.
Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian
masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita,
meski fenomena-fenomena kerusakan dan kemaksiatan menghantui mereka.
Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya
dan yang kuat tidak akan selamanya kuat.

Dari ‘Aisyah Binti Abu Bakar Radiallahuanhuma :
Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang.

KAPAL PECAH

 

Rasulullah SAW bersabda:

“Perumpamaan orang-orang yang berpegang kepada kebenaran dan orang-orang yang melakukan kesalahan adalah seumpama penumpang-penumpang di atas sebuah kapal yang besar. Sebahagian penumpang berada di atas kapal dan sebahagian berada di dalam perut kapal. Sekiranya orang-orang yang berada di bawah ingin mengambil air dan mereka malas untuk mengambilnya daripada bahagian atas kapal sebaliknya mereka menebuk dinding kapal dan mendapatkan air terus daripada lautan. Sekiranya orang yang berada di atas hanya melihat sahaja (tindakan menebuk dinding kapal), maka lambat laun seluruh kapal tersebut akan tenggelam, tetapi sekiranya mereka menegur dan mencegah perbuatan tersebut maka semua penumpang kapal tersebut selamat (kapal tidak karam)” (riwayat al Bukhari).
Daripada hadith ini, terserlah suatu pengajaran yang amat bermakna; budaya saling nasihat-menasihati dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri dan rakan sepasukan akan menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi. Analogi yang dibuat dalam hadith di atas sangat accurate. Sebuah kapal yang besar sekalipun, akan karam sekiranya ada antara anak kapal tersebut yang menebuk dinding kapal untuk mendapatkan air. Mungkin yang melakukan perbuatan tersebut hanya 10 orang daripada 5000 anak kapal, tetapi sekiranya 4990 orang hanya melihat perbuatan yang dilakukan oleh 10 orang tersebut akhirnya semua anak kapal berkemungkinan mati lemas.
MENEGUR DAN DITEGUR
Dalam membudayakan sifat memberi dan menerima dalam konteks memajukan diri dan organisasi, ada dua sudut yang perlu dilihat. PERTAMA: orang yang menegur atau menasihati dan KEDUA: orang yang ditegur atau dinasihati.
Orang yang menegur hendaklah sentiasa ikhlas dalam menegur atau menasihati sesiapa. Janganlah teguran ini disebabkan konflik peribadi. Ingat, teguran bukan HENTAMAN. Teguran yang ikhlas dari hati, pasti akan memberikan kesan yang membekas di hati, insha Allah. Orang yang menegur juga sebaik mungkin mencari jalan yang terbaik untuk menasihati orang yang hendak dinasihatinya supaya nasihat itu dapat disampaikan dengan berkesan.
Bagi orang yang ditegur, terima sesuatu teguran dan nasihat secara positif dan konstruktif. Analisalah setiap teguran dan nasihat yang diterima. Percayalah, kita tidak rugi sesenpun sekiranya berubah untuk memajukan sendiri. Cuma kadang-kadang ubat yang mujarab biasanya agak pahit, tetapi kesannya SUPERB!
Bagi seorang Muslim, teguran jujur dan baik yang diterima oleh seseorang itu adalah tanda kasih sayang Allah. Janganlah berdendam kepada orang yang menegur dan menasihati kita dan sekiranya teguran tersebut dirasakan tidak betul, anggaplah orang yang menegur itu punya niat yang baik walaupun tersalah. Hakikatnya kita manusia; nobody is perfect!