Agama Dan Sains

Mereka berada dalam penerbangan (kapal terbang) dari Cape Town ke Durban, duduk sebelah menyebelah, dua orang lelaki dari dua dunia yang berlainan, berikut adalah perbualan mereka …….

 

Bob : Saya tidak percayakan Tuhan, tetapi mengakui Sains dan Teknologi, sesuatu yang kamu dapat lihat dan rasa, tetapi jika kamu dapat buktikan pada aku secara saintifik bahawa Tuhan itu wujud, maka saya akan mempertimbangkan pemikiran itu.

Yunus : Ok, anda memang begitu berminat dengan teknologi, sila jawab soalan ini. Berkenaan dengan mesin-mesin canggih dan alat elektronik , siapa yang akan lebih mengetahui tentang mekanisma dan fungsinya?

Bob : Mungkin orang yang mencipta dan mengilangkan mesin itu.

Yunus : Bolehkah kita bersetuju bahawa pembuat atau pencipta mesin itu yang semestinya tahu segalanya yang patut diketahui tentang produk itu?

Bob : Mengapa pula tidak, ianya berbunyi munasabah.

 

Yunus : Dengan berilmu tentang perkara ini, soalan seterusnya yang saya nak tanya ialah , bagaimana alam dan dunia ini menjadi wujud?

Bob : Menurut kajian saintifik terkini, seluruh alam ini adalah jisim yang sangat besar, dimana saintis memanggilnya Nebula utama, mereka memberitahu kita bahawa ianya adalah letupan kosmik atau letupan kedua yang menjadikan matahari, bintang-bintang, planet-planet dan juga Bumi yang kita tinggal ini.

Yunus : Adakah ini apa yang awak percaya?

Bob : Ya sudah tentu, ini adalah fakta yang diakui berdasarkan bukti-bukti saintifik. Sebenarnya, idea ini telah disedari pada tahun 1973 dan istilah ini digelar sebagai teori ‘Big Bang’.

Yunus : Oh begitu, kalau begitu saya ada satu kejutan untuk awak. Dalam kitab AlQuranul Karim, Surah 21 ayat 30 mengatakan, “Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya.” Di sini kita dapat melihat bahawa AlQuran telah menyebut tentang teori ‘Big Bang’ dan AlQuran telah mendedahkannya sudah lebih 1400 tahun yang lalu.

Bob : Saya telah mendengar mengenai Quran, tapi bolehkah anda tolong segarkan balik memori saya?

Yunus : Sudah tentu, orang-orang Islam percaya bahawa AlQuran adalah firman Tuhan, tulin dan tidak dicemari yang diwahyukan kepada Nabi orang Islam iaitu Muhammad S.A.W , melalui perantaraan malaikat Jibril. AlQuran siap diwahyukan dalam masa 23 tahun iaitu sepanjang masa kenabian Nabi Muhammad.

 

Bob : Adakah anda pasti bahawa AlQuran itu sudah 14 kurun umurnya dan ianya tidak diubah?

Yunus : Sudah tentu, sejarah pun telah mengakui bahawa AlQuran telah siap pada kurun ke 7 dan masih kekal tidak berubah sehingga kini. Pakar sejarah, sama ada Islam atau tidak , membenarkan tentang perkara ini.

Bob : Kalau begitu, mungkin ianya satu anggapan.
Yunus : Apa yang sains katakan tentang bentuk Bumi?

Bob : Sebelum ini , manusia fikirkan bahawa Bumi ini adalah rata, sehinggalah Sir Frances Drake pada 1607 akhirnya membuktikan bahawa ianya bulat. Hari ini , istilah Geoid digunakan untuk menerangkan tentang bentuk bulat.

Yunus : Yang menakjubkan adalah, AlQuran dalam Surah ke 31, ayat 29 mengatakan, “Tidakkah kamu memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam …” . Penggunaan perkataan masuk (terbenam) itu menitik beratkan tentang penukaran yang perlahan-lahan beransur-ansur, dan ianya tidak mungkin jika sekiranya Bumi ini rata.

Bob : Teruskan.

Yunus : Selanjutnya dalam Surah 39, ayat 5 , Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia melingkarkan (yukawwiru) malam atas siang dan melingkarkan (menutupkan) siang atas malam ..” . Perkataan yang digunakan dalam bahasa Arab asalnya adalah ‘kawwara’ yang bermakna lingkaran atau angin, yang biasanya melingkar ini adalah di sekeliling kepada sesuatu objek yang bulat. Awak mengatakan fakta ini ditemui baru lagi, tetapi siapa yang menyebutkan hal ini yang ada dalam AlQuran 1400 tahun yang lalu?

Bob : Saya tidak yakin.
Yunus : Baik, cuba bagi tau saya, dari mana datangnya cahaya bulan?

Bob : Beberapa abad yang lalu, manusia fikir bahawa bulan adalah versi miniatur matahari, dan kedua-duanya mengeluarkan cahaya tersendiri, tetapi kajian-kajian terkini membuktikan bahawa bulan mereflekskan cahaya matahari.

Yunus : AlQuran Surah ke 25, ayat 61 menyebut “Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya lampu (matahari) dan bulan yang memantulkan cahaya” . Di sini, matahari diertikan sebagai lampu kerana ia mempunyai illuminasi tersendiri, sementara bulan dikatakan sebagai memantulkan cahaya atau pinjam cahaya, bermakna bukan kepunyaannya sendiri.

 

Bob : Ianya kemungkinan hanyalah satu agakan , tekaan.

Yunus : Demi kerana perbincangan ini, saya tidak akan membantah. Walaubagaimana pun mari kita teruskan , bila saya masih bersekolah pada tahun 80 an, cikgu telah memberitahu saya bahawa matahari tinggal kekal sedangkan planet-planet semua berputar pada paksinya dan mengelilingi matahari juga.

Bob : Adakah ini yang Quran anda kata, bahawa matahari itu tetap? ha!!
Yunus : Tidak, AlQuran tidak mengatakan sedemikian, ini apa yang saya belajar di sekolah.

Bob : Hari ini, sains telah maju ke hadapan. Kita pun sudah menjadi tahu bahawa matahari itu berputar pada paksinya juga. Matahari jika diperhati dengan alat-alat saintifik membongkar bahawa ia mempunyai ‘titik-titik hitam’. Kajian yang berlanjutan menunjukkan bahawa titik-titik hitam ini mengambil masa 25 hari untuk membuat satu pusingan. Oleh itu, kami buat kesimpulan bahawa matahari itu berputar dan mengambil masa kira-kira 25 hari untuk menghabiskan satu putaran pada paksinya.

Yunus : Kalau begitu, ini bukan suatu yang baru kepada orang Islam kerana ianya telah dibongkarkan dalam Surah 21 ayat 33, “Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.” Ini adalah bukti bahawa kedua-dua matahari dan bulan berpusing di atas paksi masing-masing dan seterusnya hukum celestial pergerakan orbit yang dibuat di beritahu. Sila anda bagitahu saya, siapa yang telah menyebut tentang fakta-fakta saintifik ini dalam AlQuran yang mana awak mengatakan baru ditemui oleh para saintis? Sebelum awak menjawab soalan itu, sila bagitahu saya ……. adakah perbezaan antara bintang dan planet?

Bob : Ya, dan hari ni kita telah mengetahui bahawa bintang adalah berjasad seperti matahari yang mana mereka mengeluarkan cahaya tersendiri, sementara planet-planet, mereka tidak mengeluarkan cahaya mereka sendiri, sepertimana Bumi yang kita duduki sekarang.

Yunus : AlQuran AlKarim menyatakan fakta-fakta saintifik bukan hanya dalam bidang Astronomi.
Bob : Saya mendengar.

Yunus : Dalam beberapa ayat dalam AlQuran ada menyebutkan perincian tentang kitaran air. Ia menerangkan bahawa air dari Bumi dan tanah naik ke atas dan membentuk awan ……. awan ini meluwap , di sana ada kilat dan hujan yang turun dari awan itu. Ini adalah bukti dari ayat berikut , Surah 39 ayat 21, “Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan- Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, …”. Dalam Surah 23 ayat 18 pula , “Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya” . Juga dalam Surah 24 ayat 43, “Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian) nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya …….”.

Bob : Menurut dari pengetahuan saya, perkiraan secara logiknya tentang kitaran air ini telah dibuat oleh Bernard Palissy pada 1580.

Yunus : Ini adalah perbezaan yang tepat yang AlQuran sebutkan berkenaan bintang dan planet. Dalam Surah 86, ayat 1-3 , “Demi langit dan yang datang pada malam hari. tahukah kamu apakah yang datang pada malam hari itu? (yaitu) bintang yang cahayanya menembus.” yang mana nyatanya kembali kepada bintang. Planet-planet pula diterangkan sebagai perhiasan dalam Surah 37, ayat 6, “Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, iaitu planet-planet” .

Bob : hhhhmmmm, ia bukannya rahsia bahawa orang-orang Arab maju dalam bidang Astronomi, dan kemungkinan ahli-ahli astronomi ini lah yang memberikan penemuan-penemuan mereka kepada nabi itu.

Yunus : Saya setuju bahawa orang-orang Arab maju dalam Astronomi, tapi saya rasa awak telah menyusun jujukan peristiwa dalam keadaan yang tidak betul.

Bob : Apa yang anda maksudkan?

Yunus : Mari saya ingatkan awak bahawa AlQuran telah diturunkan berkurun yang lalu sebelum orang-orang Arab menjadi maju dalam astronomi. Maka adalah orang Arab itu yang belajar tentang Astronomi dari AlQuran dan sudah tentunya bukan yang sebaliknya.

AlQuran dalam Surah 30, ayat 48 menyatakan “Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki- Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba- Nya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira.” Sementara dalam bab Geografi, saya pasti awak tahu akan makna istilah ‘lipatan’.

Bob : Ya , anda lihat ……. kerak Bumi secara relatifnya nipis dan jarak gunung berikutan dengan fenomena ‘lipatan’ yang menyediakan kestabilan pada Bumi.

Yunus : AlQuran dalam Surah 78, ayat 6-7 , “Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan ?. Dan gunung-gunung sebagai pasak ?.” memberikan kita tanda seperti fenomena yang sama.

Di sini, perkataan ‘pasak’ adalah sinonim dengan perkataan ‘pancang’ dalam memegang Bumi agar stabil pada kedudukannya. Selanjutnya, bahagian pertama ayat ini menunjukkan kita bahawa Bumi ini tidak rata tetapi ia merupakan kawasan yang luas … maknanya anda boleh berjalan dan berjalan tanpa jatuh .

Idea yang sebelumnya dijelaskan dalam Surah 21, ayat 31, “Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk.” Di sini kita diberitahu bahawa gunung-gunung membenarkan penyelenggaraan kestabilan Bumi dengan menghalang bentuk Bumi untuk bertukar dalam cara itu yang boleh menyebabkannya keluar dari orbit. Izinkan saya untuk berkata lagi … para saintis telah menemukan kebelakangan ini bahawa air masin dan air segar (di sungai) tidak bercampur … adakah itu betul?

Bob : Itu adalah betul … fenomena ini diperhatikan pada lokasi yang pelbagai … sebagai contohnya pada daerah di mana sungai Nil bertemu dengan Laut Mediterranean dan lebih khusus lagi pada arus teluk di mana dua badan air ini mengalir bersama pada ribuan kilometer.

Yunus : Dalam Surah 25, ayat 53 , “Dan Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” Mesej yang serupa diberi pada Surah 55, ayat 19-20, “Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.”

Bob : Mungkin orang-orang Arab membuat penyelaman dan berenang untuk membuat kajian itu.

Yunus : Tidak seperti itu, apa yang awak gagal untuk melihat ialah AlQuran juga mengakui bahawa ianya adalah pemisah yang tidak kelihatan dan untuk itu, ia tidak akan dapat dikaji.

 

Bob : Oh begitu, menurut Darwinisma dan teori evolusi, ia mengatakan bahawa semua kehidupan bermula dari dalam laut. Bolehkah anda beritahu apa yang Quran kata tentang ini, jika ada apa2 yang sama.

Yunus : Ya, tapi mula-mula, sila beritahu saya mengapa teori ini mempunyai konklusi sebegitu … bahawa kehidupan bermula dari lautan?

Bob : Salah satu sebabnya ialah bahan kimia dan komposisi manusia dan haiwan menunjukkan bahawa air adalah bahagian utama. Jelasnya antara 50 dan 90%.

Yunus : Dalam Surah 21, ayat 30, juga menambah “……. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?” Bolehkah anda bayangkan bahawa di tengah-tengah padang pasir Arabia , di mana hanya sedikit air, siapa yang akan jangka bahawa bukan hanya manusia tetapi segala benda hidup ini berasal dari air?

Bob : Saya sedar bahawa Sitoplasma (Cytoplasm), bahagian terpenting sel ini terdiri hampir 80% air dan bahawa setiap makhluk yang hidup adalah 50 – 90% air.

Yunus : Siapa yang akan menyebutkan fakta-fakta ini dalam AlQuran lebih 1400 tahun yang lalu? Ada beratus-ratus fakta dalam AlQuran yang mana sains moden hari ini tidak menyalahinya. Pada topik teori-teori, bolehkah anda terangkan pada saya apa yang dimaksudkan dengan teori benua-benua yang hanyut?

Bob : Sudah tentu, semua benua kita adalah pada suatu masa adalah satu bahagian yang besar, kemudian diikuti dengan letupan-letupan, mereka bertaburan atau ditolak ke sana ke mari pada permukaan Bumi ini. Untuk itu, jika anda tengok dengan teliti peta dunia, anda akan lihat sebagai contoh bahawa pantai timur Amerika Selatan akan padan dengan kemas kepada pantai barat Afrika Selatan.

Yunus : Idea yang serupa telah diterangkan dalam AlQuran dalam Surah 79, ayat 30-31 , “Dan bumi sesudah itu dihamparkan- Nya. Ia memancarkan daripadanya mata airnya, dan (menumbuhkan) tumbuh-tumbuhannya.

Bob : Jika ini benar, mengapa ia tidak dilaporkan di media?

Yunus : Ada. Cuba semak di arkib. Misalnya The Citizen, akhbar Kanada pada tarikh 22 NOV 1984.. bertajuk “Kitab suci lama 1300 tahun lebih awal dari masa” atau The Times of India, New Delhi pada tarikh 10 Dec 1984 bertajuk “Quran mengatasi Sains moden”.

Bob : Ini sungguh menakjubkan … teruskan
Yunus : Di sini saya teringat akan ayat AlQuran yang hebat dalam SURAH 41, AYAT 53 “………..”
Yunus : Kitab suci AlQuran juga menceritakan tentang penyakit kencing manis.
Bob : Maksud kamu?

Yunus : Kamu perhatikan, ada sesetengah makanan yang diisytiharkan tidak sesuai untuk dimakan manusia lantas dilarang.

Bob : Sementara kita dalam topik pemakanan ini, cuba terangkan mengapa seseorang Muslim itu terlalu menitik beratkan soal Halal dan haram dan apa maksud kedua-duanya itu?

Yunus : Apa yang dibenarkan digelar Halal dan apa yang dilarang itu digelar haram dan AlQuran lah penentu kedua-duanya,

Bob : Boleh kamu beri saya satu contoh?

Yunus : Ya . Islam melarang memakan segala jenis darah. Kamu tentu setuju bahawa dari analisa kimia yang dilakukan pada darah menunjukkan ia mengandungi kelebihan asid uric, sejenis bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan manusia.

Bob : Benar kata kamu mengenai keracunan semulajadi yang ada pada asid uric. Dalam tubuh manusia, ia hanya dikeluarkan menerusi najis. Fakta menunjukkan bahawa 98% dari asid uric dalam tubuh kita dikeluarkan dari darah melalui buah pinggang menerusi pembuangan air kecil.

Yunus : Saya rasa sekarang awak akan hargai cara penyembelihan binatang dalam Islam.
Bob : Apa maksud kamu?

Yunus : Tukang sembelih dengan sebilah pisau yang tajam sambil menyebut nama ALLAH, akan memutuskan urat murih binatang yang disembelih itu dengan sekali sembelih tanpa merosakkan urat2 leher yang lain.

Bob : Oh begitu,. Jadi ini akan menyebabkan kematian binatang tersebut kehilangan darah secara total tanpa merosakkan organ2 lain yang penting.

Yunus : Benar. Jika organ2 lain umpamanya jantung, hati atau otak itu rosak, binatang itu akan mati dengan serta merta dan darah membeku dalam urat2 binatang tersebut akan merebak dan menular pada dagingnya , penularan tersebut akan menyebabkan daging tadi dijangkiti asid uric dan ini sangat beracun, Ini baru disedari oleh pakar diet kita hari ini,

Bob : Mengapa orang Islam melarang keras memakan khinzir dan segala makanan yang berkaitan dengannya?

Yunus : Sebenarnya, selain dari AlQuran , kitab Injil juga melarangnya, dalam Leviticus Surah 11 ayat 8, “mengenai khinzir, daging khinizir jangan sekali kamu makan dan bangkai khinzir jgn disentuh. Kesemuanya najis bagi kamu”

Lagipun tahu atau tidak anda bahawa khinzir tidak boleh disembelih kerana ia tidak mempunyai leher. Itu menurut anatomi semulajadinya. Bagi seseorang muslim, jika khinzir boleh dimakan, semestinya ia dikurniakan leher yang membolehkannya disembelih, apa pun saya pasti anda tahu pasal bahaya memakan khinzir ini,.

Bob : Sains perubatan telah menemui kehadiran banyak parasit dan beberapa penyakit yang terdapat dalam badan khinzir.,

Yunus : Benar. Selain itu sementara kita berbicara tentang asid uric dalam darah, penting kita ketahui bahawa biokimia khinzir hanya dapat keluarkan 2% dari keseluruhan kandungan asid uric dari badannya. Sisanya yang 98% masih terkandung dalam badan khinzir itu. Maka terdapat purata pesakit rheumatisma yang tinggi di kalangan mereka yang memakan daging khinzir.

Bob : Ayuh, pasang talipinggang keselamatan kita. Kita akan mendarat sebentar lagi. Masa berlalu begitu pantas. Tidak pernah saya mendengar hujjah2 sedemikian rupa dan saya ingin mendengarnya lagi. Apa kah tema kitab AlQuran?

Yunus : Tema asas adalah penyelamatan, dalam kehidupan sekarang dan selepasnya. Ianya tidak termasuk dalam kategori sains atau seni. Tapi ditujukan buat manusia. Menyentuh segala disiplin yang menitik beratkanNya. AlQuran memandu ke arah kebenaran seperti mana dalam diskusi kita yg lepas.

Ini mengingatkan saya pada kata2 Sir Francis, “sedikit pengetahuan mengenai sains membuatkan anda menjadi atheist, dan pengetahuan sains yang mendalam yang menjadikan kamu percaya kepada Tuhan”

Selepas itu mereka tidak berkata2 lagi ……. Menunggu kapal terbang mendarat ……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: