Budaya Taqrabul-Zina

KEBANYAKAN umat Islam menganggap perzinaan itu adalah semata-mata
melakukan
persetubuhan
haram dan inilah perbuatan maksiat yang dilarang keras dan merupakan satu
daripada dosa-dosa besar. Sebenarnya, dalam agama Islam, bukan perbuatan
zina itu saja yang dilarang keras, tetapi termasuk juga sebarang tindak-
tanduk yang membawa kepada berlakunya perbuatan yang terkutuk itu, iaitu
sebarang perlakuan ke arah menghampiri zina yang disebut sebagai “budaya
taqrabul-zina” .

Hal tersebut jelas dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah
kalian
mendekati zina,
sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk
jalan” – (Sura al-Israk: 32).

Takrif “zina” itu luas, meliputi banyak aspek perlakuan. Rasulullah s.a.w
memperincikannya sebagaimana
dalam sabda-sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud:

*”Zina dua mata itu menilik (memandang) perempuan yang ajnabi”,

*”Zina kedua mata itu memandang, zina kedua telinga itu mendengar, zina
kedua tangan itu menjabat,
zina kedua kaki itu melangkah dan zina hati itu mengingini,
mengangan-angankann ya” –
( Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikianlah, semua perlakuan dalam perhubungan antara lelaki dan
perempuan
yang sudah akil baligh
dan bukan mahram itu, sama ada zahir atau batin, dikira perbuatan zina
belaka. Apa lagi perhubungan
fizikal yang lebih rapat (bercumbu-cumbuan, berdansa, berkepitan-kepiitan
atau berhimpit-himpitan) , terutama dalam keadaan aurat yang terdedah.
Bila
sudah berdua2an, yang pasti yang ketiga itu adalah syaitan.

Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah, pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan yang bukan mahram
itu sudah dikira perbuatan zina atau sekurang-kurangnya termasuk dalam
kegiatan “budaya
taqrabul-zina” itu.

Dalam agama Islam, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan ajnabi itu
dilarang keras. Kerana,
segala tindak-tanduk dalam pergaulan bebas itu membuka peluang atau
menimbulkan dorongan dan
memberi laluan mudah kepada mereka yang terlibat melakukan mukadimah zina
dan seterusnya
melakukan kemuncak perbuatan yang terkutuk itu. Itulah sebabnya Mufti
Perak
“menfatwakan”
Konsert Sure Heboh sebagai HARAM kerana menjurus kepada “budaya
taqrabul-zina” .

Larangan melakukan tindak-tanduk yang membawa kepada perbuatan zina itu
bukan khusus ditujukan
kepada pasangan yang berkenaan sahaja, tetapi termasuk juga orang lain
yang
terbabit (bersyubahat) .

Ramai orang tidak sedar, bahawa mereka turut terlibat dalam melakukan
perbuatan menghampiri zina itu.
Di kalangan kita, masih ramai ibu dan bapa yang sengaja (sportinglah
kononnya) memberi peluang
kepada anak gadis mereka berdua-duaan dengan teman lelakinya. (Sebenarnya
dalam sosial Islam,
tidak ada istilah “teman lelaki” bagi perempuan atau “teman perempuan”
bagi
lelaki).

Ada-ada sahaja helah ibu bapa untuk tidak mengganggu anak gadis mereka
yang
melakukan khalwat
(berdua-duaan, berbual-bual mesra) dengan teman lelakinya. Umpamanya, ada
ibu yang masuk
ke dapur, ada bapa yang ada-ada sahaja urusan yang hendak dilakukannya,
lalu
keluar rumah
atau masuk ke biliknya sendiri.

Ramai ibu bapa membenarkan anak gadis mereka keluar berdua-duaan dengan
teman lelakinya
(tanpa pihak ketiga) dalam keadaan tidak dharurat. Mereka tidak sedar
atau
sengaja tidak mahu menyedarinya, bahawa dengan tindakan itu mereka turut
terlibat atau bersyubahat atau secara
tidak langsung meluaskan peluang kepada anak gadis mereka menceburkan
diri
dalam kegiatan
budaya taqrabul-zina, walaupun sebenarnya mereka tidak mengharapkan anak
gadis mereka
melakukan perbuatan zina yang sebenarnya itu.

Ramai yang tidak terfikir, kalau belum lagi melakukan zina, mungkin anak
gadis mereka melakukan
mukadimah zina. Yang pastinya, anak gadis mereka sudah melakukan zina
mata,
zina tangan,
zina kaki atau zina hati dengan teman lelakinya itu.

Kerana jahil dan terlalu terpengaruh kepada amalan budaya sosial Barat
yang
dikatakan moden,
ramai orang menganggap apa yang mereka lakukan itu adalah perkara biasa,
sudah menjadi tradisi.
Malah, mereka menganggap itulah tindakan yang selari dengan zaman moden
sekarang ini. Tambahan
lagi jika terhadap mereka ketika masa muda dulu, ibu bapa mereka pernah
bertindak demikian,
membiarkan mereka berdua-duaan dengan kekasih mereka.

Pengaruh budaya Barat dalam bidang sosial ini harus disedari sebagai
virus
berbahaya yang
merosakkan budaya Islam, sekali gus meruntuhkan kekuatan umat Islam.

Pada peringkat awal orang-orang Barat (Keristian khususnya) melancarkan
perang bersenjata
terhadap kerajaan-kerajaan Islam. Tetapi mereka gagal. Lalu mereka
menukarkan perang bersenjata
itu kepada perang psikologi.

Dalam tahun 1268, seorang raja Perancis pernah mengemukakan saranan:
“Adalah
suatu yang
amat sukar dan hampir mustahil untuk mengalahkan umat Islam melalui
peperangan dengan senjata
dan kekerasan. Bedasarkan pengalaman yang disokong oleh fakta sejarah
sebelumnya, maka yang
penting sekarang ialah mengatur langkah lain untuk umat yang degil itu”.

Antara “langkah lain” itu ialah melancarkan perang psikologi dengan cara
mengumpankan corak
hiburan yang membawa kepada amalan pergaulan bebas antara muda-mudi Islam
yang boleh
diistilahkan sebagai “budaya taqrabul-zina” itu.

Hiburan dari Barat itu sengaja dieksport ke negara Islam sebagai satu
strategi perang psikologi
untuk melemahkan umat Islam. Tanpa kesedaran ini, umat Islam, bukan
sahaja
tidak peka dengan
“umpan” atau matlamat negatif hiburan dari Barat itu, malah mereka
menerimanya sebagai hasil
seni dan budaya yang mereka iktiraf sebagai “budaya global”. Sebenarnya
apa
yang disebutkan
sebagai “budaya global” itulah yang merupakan “budaya taqrabul-zina” itu.

Tuduhan terhadap Barat dalam hal ini bukan tidak berasas. Kaum Yahudi dan
Nasrani memang
selamanya mendendami dan memusuhi umat Islam. Allah SWT mengingatkan
Rasulullah saw melalui
firman-nya yang mafhumnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak
sekali-kali
menyukaimu
(Hai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka” – (al-Baqarah: 120)

Perkembangan budaya taqrabul-zina memang dirancang oleh musuh Islam untuk
menghancurkan
umat Islam. Inilah yang dikatakan sebagai strategi dalam perang psikologi
mereka terhadap umat Islam.

Seorang orientalis pernah berkata, “Gelas minuman keras dan penyanyi
perempuan dapat menghancurkan umat Muhammad. Ini lebih berkesan daripada
apa
yang dapat dilakukan oleh seribu meriam”.

Mudah sahaja manusia terseret dan tergelincir jatuh ke kubang maksiat
zina
yang amat terkutuk itu,
kerana kegiatan dan pergaulan bebas dalam dunia hiburan bercorak Barat –
musik, sukan dan
sebagainya – itu adalah meliputi ciri-ciri “budaya taqrabul-zina” . Di
mana-mana sahaja, perbuatan
maksiat dalam dunia budaya ini telah dan sedang berlaku. Fenomena
keruntuhan
akhlak yang amat
teruk sekarang, di kalangan muda mudi Islam khususnya, sehingga
merebaknya
wabak bohsia, bohjan, kelahiran dan pembuangan bayi luar nikah dan
sebagainya adalah antara bukti-buktinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: