ANAK PADERI PELUK ISLAM

Assalam Mu’alaikum Wbrth!!!…Bacalah dan Renungkanlah. …

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama
Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga
Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja
di satu kawasan di Sabah.

Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula
PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan
penuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program.
Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya
membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!

Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah
rumah ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai
masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada
kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan
sebagainya.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali
kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling
berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari
kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam
yang dimurtadkan!
Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu
Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam
yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini
setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4
saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran
Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya
menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya
kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.

Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan
Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu).
“cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas
ini, boleh ke saya ke rumah cikgu…” Ustaz itu bersedia. Lalu saya
bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.

Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas
nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya
kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
– Mengapa orang Islam sembah Kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan
Islam adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi
membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang
asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan
– kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya
menjawab secara tepat.

– Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. –

Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 – konsep ketuhanan
Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,
kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu
ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata
bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz
itu.

Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang
malaya’ datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping
mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya
memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang
berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera
bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya
membuat pilihan.

Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti
mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah
hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang
saya meronta-ronta, saya terjaga.

Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan
berkata, “mengapa Johanis….awak mengigau…. ”

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan
saya…….. .”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan
pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh
Ustaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,
saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya
telah tahu!

Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan
mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru
senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan
keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah
ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik
habis kontrak mengajar di Sabah.

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan
rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi
mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan
Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja
sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz.
Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian
saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di
Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai
pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa
tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.

Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan
orang…kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin
dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar
di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya
katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak.
saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya
dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku
yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7
tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan
ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad
Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita…… .. Ayah saya
menganut Agama Islam!

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan
menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi
terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya
bayangkan ayah dihadapan… saya peluk erat tubuh ayah dan kami
menangis bersama….. …Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu. …

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh
ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini
berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah
Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita
cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan
supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.

Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti
tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, “You apa tahu…
Islampun baru setahun jagung…..”

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap
pendakwah… ….Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam
kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati
Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog
tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk
bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga
diancam oleh umat Islam!!!

Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis,
sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan
puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat
Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara
ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura
belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan. ..purapura
….dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra
Malaysia(UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja.
Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi
termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU
TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin
1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil sebahagian buat minum dan
sebahagian buat mandi.

InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: